free delivery Kini Penghantaran Percuma Seluruh Malaysia Hanya Melalui Website Inspirasihana!

Cart

Frequently Questions

Di halaman ini, kami cuba senaraikan soalan-soalan yang kerap ditanya oleh para pelanggan untuk rujukkan semua pihak. Oleh itu, anda boleh mendapat jawapan yang lebih pantas di halaman ini. Masih Terdapat Persoalan Yang Ingin Diajukan? Hubungi Kami di talian 05-2412753 / 019-6499553.

Jika saya melakukan tempahan, berapa lamakah tempoh produk akan sampai?

Kami menggunakan servis kurier Pos Laju dalam menghantar produk kami kepada para pelanggan dan tempoh penghantaran yang sebenar berbeza-beza mengikut tempat. Kebiasaanya tempoh masa penghantaran yang diambil bagi semenanjung Malaysia ialah 1-3 hari bekerja manakala tempoh penghantaran bagi Sabah & Sarawak pula mengambil masa sehingga 3-5 hari bekerja.

Apakah medium pembayaran yang diterima oleh pihak Butik Inspirasihana?

Kami menerima pembayaran dari semua bank tempatan, pemindahan ATM, cash deposit, bank deposit, dan M2uPay. Semua pembayaran adalah selamat.

Saya telah membuat bayaran, tetapi kenapa tempahan saya masih belum diproses?

Kami mengambil tempoh 24 jam untuk memproses setiap tempahan. Jika melebihi tempoh tersebut dan masih tidak diproses biasanya kerana kami masih belum mendapat sebarang bukti pembayaran daripada pihak pelanggan khususnya bagi mereka yang membuat bayaran secara manual menerusi cash deposit atau pemindahan online. Oleh itu, anda perlu emailkan segera bukti pembayaran anda berserta nombor ‘order id’ ke butikinspirasihana@gmail.com.

Bagaimanakah jika produk yang saya terima itu tersilap atau rosak?

Semua pelanggan  Butik Inspirasihana akan dilindungi dengan polisi yang telah kami tetapkan. Oleh itu, kami akan gantikan kepada anda produk baru tanpa sebarang caj dan segala kos penghantaran bagi pemulangan dan penghantaran produk akan ditanggung oleh pihak kami. Hubungi pihak kami untuk penukaran produk.

Bagaimanakah caranya untuk saya melakukan tempahan di dalam web ini?

Klik pada gambar produk dan klik add cart untuk pembelian. Jika masih terdapat sebarang masalah, sila hubungi pihak kami untuk bantuan selanjutnya.

Bagaimanakah caranya untuk saya mengetahui status tempahan yang telah dibuat?

Kebiasaannya tempahan anda akan sampai  1-3 waktu bekerja untuk Semenanjung Malaysia manakala 3-5 hari untuk Sabah Sarawak. Sekiranya tempahan anda masih belum sampai , anda boleh email ataupun hubungi kami untuk mengetahui status tempahan anda

Jika saya melakukan tempahan, berapa lamakah tempoh produk akan sampai?

Kami menggunakan servis kurier Pos Laju dalam menghantar produk kami kepada para pelanggan dan tempoh penghantaran yang sebenar berbeza-beza mengikut tempat. Kebiasaanya tempoh masa penghantaran yang diambil bagi semenanjung Malaysia ialah 1-3 hari bekerja manakala tempoh penghantaran bagi Sabah & Sarawak pula mengambil masa sehingga 3-5 hari bekerja.

Berapakah kos penghantaran yang dikenakan oleh Butik Inspirasihana?

Kos penghantaran yang dikenakan oleh Tudung Online kepada para pelanggan ialah RM7 bagi penghantaran ke Semenanjung Malaysia dan RM11 bagi penghantaran ke Sabah & Sarawak.